Terima Kasih & Maaf

19 Oktober 2011,

Terima kasih sebab membace,
Terima kasih ini ditujukan kepada orang yang tak pernah & tak akan membace,
Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang selalu ade mase untuk membace,

Terima kasih yang pertama untuk mak, ayah & family yang selalu ada disaat aku memerlukan,
Terima kasih yang kedua kepada mereke2 yang sudi memberi kate semangat disaat aku jatuh walaupun kate2 kalian tidak sepenuhnye di absorb olehku,
Terima kasih kepada Allah yang memberi dugaan yang penuh dengan hikmah disebaliknya,
Terima kasih yang terakhir kepada orang yang tidak pernah & tidak akan membace kerana...

Mengajar bagaimana rasanya bila semua kesalahan ditujukan kepada diri ini walau tak pernah melakukannye,
Mengajar bagaimana rasanya bila diri dihina bertubi2 oleh orang yang sedang mengecapi bahagia,
Mengajar bagaimana rasanya bila dibuang seperti sampah yang tak bergune,
Menyedarkan diri ini bahawa jangan menyayangi seseorang melebihi diri sendiri,
Menyedarkan diri ini bahawa selama ini diri ini hanyalah mainan hidupmu disaat kau perlukan teman,
Menyedarkan diri ini bahawa jangan terlalu mempercayai seseorang yang belum tentu menjadi milik kita,

Terima kasih kerana memutuskan ikatan persahabatan yang telah lama terjalin,
Terima kasih kerana membuatkan seorang ibu menangis mengenangkan kasih sayang yang telah diberikan kepada seseorang yang pernah membahagiakan dan melukakan hati anaknya,
Terima kasih untuk segalanya,
Terima kasih juge kerana menjadi penyebab diri ini menjejakkan kaki ke tanah suci untuk mencari ketenangan...

Maaf,
Maaf kepada orang yang tidak pernah & tidak akan membace kerana..
Tidak dapat menjadi seorang sahabat, teman terbaik untuk anda,
Tidak dapat hadir ke majlis anda kelak walau bertahun sudah berlalu,
Tidak dapat melupakan kesakitan yang pernah diberikan walau seribu tahun berlalu,
Tidak dapat berhenti daripada memikirkan apakah kesalahan yang telah dilakukan sehingga sanggup melakukan pelbagai cara untuk membuang diri ini,

Maaf kepada kawan-kawan,
Yang tidak pernah putus menasihati supaya melupakan,
Yang selalu menggembirakan hati ini di saat kedukaan menimpa diri,
Maaf kerana masih menulis tentang orang yang tidak pernah mengingati diri ini.

Semua itu adalah luahan 5 bulan lalu...
Kini...

Terima kasih Allah,
Kau berikan aku ujian yang menyedarkan aku bahawa Kau lebih menyayangiku..
Kau telah merancang yang terbaik untukku tanpa aku ketahui,
Kau telah menyediakan sesuatu yang terbaik untuk aku syukuri,
Kau telah mendekatkan aku dengan diriMu,

Maaf,
Kerana telah melupakan apa yang berlaku..
Kerana terpaksa membuang segala kenangan yang gembira dan duka dahulu,
Kerana terpaksa meluahkan disini untuk kali terakhir,
Kerana terpaksa menjauhkan diri dengan keluargamu yang terlalu baik untukku,
Ini terbaik untukku supaya tidak berterusan dipersalahkan dan dicerca olehmu.

Terima kasih kerana membaca,
Hidup kini lebih gembira dan selesa,
Hidup kini lebih bermakna dan bersih,
Hidup kini lebih berbunga-bunga walau tiada kembang yang menyinarinya,
Hidup kini lebih tenang dibawah lindunganNya.

Terima kasih & Maaf untuk semuanya.

0 Response to "Terima Kasih & Maaf"

Post a Comment